Members of Pensel

Tuesday, August 2, 2011

Sekelip Kasih (Part III)

“As … Asss … Assalamualaikum uncle … Ehh pakcik … Hihihi” tutur Danny agak gagap …

“Kau punya kawan ni gagap ke fyra ???” Tanya Pak Dan pada Fyra …

“Takut lah tu ayah … Hihihi” Senyum Fyra dari jauh sambil mengenyitkan matanya pada Danny.

“Bukan takut pakcik, cumer first time jumpa, tu yang agak nervous sikit …” Laju pertuturan Danny pada Pak Dan …

“Xpayah nak pak cik pakcik, nama pakcik Hamdan, panggil Pak Dan ajer k … Nak panggil Lin Dan, takut ada org tak percaya … Hahaha” Tawa Pak Dan memenuhi ruang rumah batu separuh kayu itu.

“Owhhh, Pak Dan, ermmm, kalau panggil ayah boleh tak ??? Hiihihi …” Seloroh Danny dengan selamba …

“Bolehh, masuk meminang anak Pak Dan dulu k … Hihihi, tu pun kalau Fyra setuju lah … Hahaha”

“Betul ke Pak Dan ??? Sekarang jugak saya telefon ayah saya …”

“Kalau ye pun, bawak lah bersabar, kita kan ada adat, suruh orang tua kamu selesai kan hal ni k … Hisshhh budak zaman sekarang …” Keluh Pak Dan.

“Benda baik Pak Dan … Hihihi” Gurau Danny pada Pak Dan …

Sebulan berlalu, akhirnya Fyra dirisik oleh keluarga Danny, maka hubungan yang tidak pasti kini menjanjikan sesuatu yang pasti, Fyra sah menjadi tunang kepada Danny.

“Sekarang ni orang tu kalau terjatuh longkang pun senyum meleret lagi kan …. Kahwin lah cepat Danny, risau aku tengok kau ni, hari-hari senyum …” Usik Farhan tika melihat Danny termenung jauh…

“Hisshhhh kau ni … Mana ada aku berangan … Hihihi, ingat tunang aku aje lah … Hihihi … owhh ye … cakap pasal tunang, jap ek …”

“Mira, masuk dalam sebentar …” Ujur Danny pada intercom miliknya untuk memanggil setiausahanya itu …

“Mira, hari ni cancel kan semua appointment saya dengan semua client, anything urgent, ask them to deal with Farhan ok … Saya outstation maybe 2 hari k … Xde hal kan Farhan kau cover aku jap ???”

“Xder hal bro … Ni mesti nak gi Pontian kan ??? Hishhh dia ni … Xper lah .. Enjoy yourself k …” Farhan menunjukkan tanda bagus pada Danny

My chocolate indulgence princess , awak dah siap blom ???

Mestilah dah siap, tggu sy punyer prince teddy yg comel ni, lama sgt nak ambik saya …

Okay, i’m on the way to fetch you k, 10 minutes

Ok, take care k … Drive safely …

Mercedes SLK 2011 milik Danny dah terpacul dah di hadapan rumah sewa milik Fyra 10 minit kemudian.

“Amboiii, nak balik umah bakal mak mentua cepat aje, ni tak keje ke hari ni???” Bercekak pinggang Fyra sambil tersenyum …

“Ni awak nak pindah rumah ke nak balik bercuti ajer ??? Sampai 3 luggage saya tengok ??? Hishhh dia ni …” Perli Danny kepada tunang kesayangannya …

“Dah lah, jom lah gerak, kang sampai lambat plak …” Pelawa Danny kepada tunangnya sambil Danny tolong mengangkatkan salah satu luggage milik tunangnya …

“Awak, saya nak cakap something ni dengan awak …” Fyra tiba-tiba bersuara …

Danny memperlahankan volume speaker radio keretanya dan memperlahan keretanya di bahu lebuhraya…

“Erkkk, ni serius ke atau awak sesaja nak melawak ???” Ujur Danny kepada Fyra.

“Serius lah awak … Boleh tak ???” Tegas Fyra …

“Mesti lah boleh, anything for you k my princess …” Senyum Danny pada Fyra.

“Danny, Fyra minta maaf kalau Fyra tak boleh jadi yang terbaik untuk Danny k” Perlahan nada suara Fyra ketika menyebut patah perkataan itu …

“Fyra, satu benda yang awak perlu tahu k, walau apa yang berlaku, saya tetap akan menyayangi awak sepenuh hati saya dan seumur hidup saya, jikalau ditakdirkan awak pergi sebelum saya, saya tetap akan terus menyayangi awak selamanya, tiada wanita yang boleh menggantikan tempat awak k … Itu janji saya” Ujur Danny dengan penuh keikhlasan

Kelihatan air mata perwira milik Danny gugur kebumi ..

“Dah lah, jom gerak balik, nanti risau pulak Pak Dan..” Pelawa Danny kepada tunangnya itu.

“Awak … Terima kasih k … Saya janji akan berusaha sebaik mungkin untuk bahagia kan awak …” Perlahan suara Fyra sambil tersenyum …

Danny meneruskan perjalanan nya balik ke kampung halaman Fyra di Pontian, Johor …

Tiba di salah satu simpang pembahagi jalan, sebuah lori pasir bergerak laju ke arah mereka …

“DANNY !!!! LORIIII !!!!” BOOOOOOMMMMMMM ……….

“FYRAAAAA !!!!!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!”


Pensel off ... lalalala

Tuesday, May 24, 2011

D’Tioman 2011

Tak sabar plak nak gi pulau tioman hujung bulan nie … Hihihi … Harap2 semua berjalan dengan lancar lah …

Semua dah settle … Tinggal nak gerak ajer sabtu nie pas aku balik keje shift pagi … Huhuhu … Xsabar lah … Hiihihi …

Ketua ekspedisi, abang napee LAB, dah settle kan semua, susah payah dia discuss ngan tracel agent supaya bagi yang terbaik untuk kitorg … Gerek lah abang … Hihihi

pulau_tioman

Fuhhhh …. Biru giler air dia … Tu yang tak tahan … Hihihi … Sabar faiz sabar … Hihihi …

So, doakan kitorg selamat pergi ngan selamat balik k … Insyaallah …


Pensel off ... lalalala

Friday, May 20, 2011

Sekelip Kasih (Part II)

“Iera, cantik tak rantai ???” Kelihatan muka Fyra berseri-seri mengenakan rantai pemberian Danny sempena ulang tahun kelahirannya.

Seperti tidak disangka mat salleh celup yang baru dikenalinya pagi tadi memberikan rantai yang berukir namanya FYRA.

Banyak persoalan yang bermain di kotak fikiran Fyra,

Macammana Danny boleh tau tarikh lahir aku? Siap tempahkan meja lagi untuk sambut birthday aku? Dah tu, boleh pulak sempat tempah rantai untuk aku, siap ada nama lagi tu … Hebat tol …

“Woiii Fyra, kalau nyer pun nak angau, balik lah bilik sendiri, ni bilik aku jugak yang kau boleh buat port angau kau kan … Hishhh, sajer jer buat aku jealous kan … Ermmm … Pakwe Pakwe, biler lah aku nak ada …” Keluh Iera

“Elehhh kau tu, dulu Farhan propose kau, gatal pegi tolak, konon nak kenal dulu, la ni sapa yang dok rugi, hangpa jugak noo … Hihi … ADOIII !!” Bantal busuk milik Iera terbang tepat mengenai kepala Fyra …

“Hangpa jangan nak dok habaq lagu tu noo, aku bukan tolak proposal Farhan, cumer aku sikit terkejut hangpa tau tak … Mana tak nya, time-time jogging dia boleh buat camtu, sebenarnya aku suka kat dia … Hihihihi” Iera meliuk melentok dihadapan Fyra …

“Eiiii, gatal … Dah lah, aku nak tido, nak mimpikan prince charming aku melamar aku, hihihi” Senyum sampai ke telinga Fyra …

“Morning Danny …” Dengan selamba Fyra mengucap selamat pagi pada Danny didalam lif yang penuh dengan staff Teraju Bina Holding.

“Auchhh …. Sakit lah …” Jerit Fyra pabila tangannya dicubit Danny …

“Opppss … Morning Encik Danny … Hihihi” tersenyum malu sebentar Fyra dibuatnya …

Aduyaiii… camne aku boleh luper plak … Ni kan Office … Hisshhh, mampus gossip satu office kang tak pasal pasal … nasib baik makcik IB* takder … Kalau tak mampus aku …

*IB = Internet Bergerak

Sorry k mat salleh celup, tersasul lah dalam lif tadi …

Takpe, its ok, nasib baik makcik IB takde…

Ehhh, awak pun tau gak ke pasal makcik IB tu ???

My Dad always told me bout her …

Fuhhh, famous giler makcik IB tu kan … Hihihi

Most probably but nope, my lil princess more popular than makcik IB, my dad always told me bout you …

Really ???

No … Hihi, just joking … Jom lunch sesama nak ???

Iera camne pulak ??? Takkan nak tinggal kan dia sesorang kowt ???

Saya dah suruh Iera temankan Farhan as his PA for a while time jumper client lunch hour nanti.

Ermm, kalau camtu, ok lah … Jom …

“Bagi saya Fish&Chip one set and watermelon juice satu … Fyra ???”

“Sama lah … Air je tukar, nak apple juice satu … Thanks” Sambil menghulurkan menu kepada pelayan restoran.

“So, Fyra, awak asal orang mana ???”

“Saya??? Xkan tak tau kowt … Birthday saya awak boleh tau, tempat tinggal saya awak tak tau … Camne nak hantar rombongan meminang nie ??? Hihihi, Just kidding, please dont take seriously”

“Yup, I’m take it seriously … Next week saya hantar rombongan tau …”

“Ahokkk….” Tersedak jap Fyra pabila mendengar kata-kata Danny sebentar tadi …

“Awak … Serious ke memain nie ??? Bab bab nie jangan wat pedajal awak … Kang ader saya kene cincang ngan ayah saya, takder angin takder ribut, awak tak pernah jumpa family saya, tetiba nak masuk meminang …”

“So, if like that, come on, show me the way to your house right now, jomm …” Berdiri Danny sambil menunjukkan isyarat mengajak Fyra bangun sekali dengannya.

“Kalau ye pun xsabar, makan lah dulu, lapar nie …” Fyra mengosok perutnya menunjukkan bahawa roti Gardenia sekeping bersama secawan milo suam tak cukup untuk menampung kadar metabolisme badannya sehingga petang…

“Tapi Danny, saya belum bagitau ketua department saya yang saya nak balik kampung … Kang tak pasal pasal, gaji saya kene potong pulak…” Keluh Fyra.

“Dah diuruskan …” Selamba Danny bersuara sambil membuat isyarat bagus kepada Fyra.

Dalam perjalanan pulang ke kampung Fyra di Johor.

“Awak … Saya nak tanya satu soalan boleh ???”

“Ermmm, kalau awak nak tanya, baik awak mintak permission untuk next next soalan awak, sebab awak tu memang akan banyak tanya, hihi” Sindir Danny kepada Fyra.

“Ishhh dia nie, main-main pulak … Boleh ke tak nie ???”

“Hihihi, for my lil princess, semua nya boleh … Hihihi …”

“Ermmm, macammana ek nak mulakan, ermmm” Fyra mengaru kepala nya yang tak gatal itu …

“Mulakan dengan Bismillah, sudahi dengan alhamdulillah, betul tak ???” Ujur Danny seperti memberi pendapat.

“Bismillahirahmanirahim … Ermm, Danny, did you know me before ???”

“Ishhh, soalan cepu mas nie, Ermmm, nak saya jawab bohong ke jawab jujur ???” Bersahaja Danny memberi pilihan …

“Jujur lah … Dia ni …” Seperti biasa, muncung kehadapan seperti Iera jugak ketika merajuk …

“Ok, ok, ok” Pujuk Danny

… Did you remember 17th February 2011, when one beggar came to you and ask for RM 10, and he told to you that money was for his family to buy nasi then you give RM 50 ???”

“Ermmm, owhhh, aah, ingat … Saya bagi sebab dia cakap dia nak belikan nasi untuk anak anak dia, dah 3 hari tak makan nasi … kenapa ???”

“Errmm, did you remember his face at all ???”

“Ada lah sikit, tapi dah lupa dah, lagipun, apa salahnya kita tolong orang yang lebih memerlukan dari kita,” Ujur Fyra bersahaja …

“Ok, to be honest, that beggar was me, and why I done like that cause everyday my dad told me bout your attitude, then I really curious, thats why I try myself, then honestly, I terkejut k … From that day, I mintak tolong Paan carikan detail untuk you …” Jelas Danny sebutir demi sebutir.

“Lagi satu, camne you boleh teragak nak tanya soalan nie pada I ???” Tanya Danny kepada Fyra.

“Banyak sangat benda yang agak curiga, tapi yang paling jelas satu aje, nak tau tak??? Ianya sangat jelas …” Tanya FYra kepada Danny

“Apa dia ???” Danny seakan kebingungan

“Tadikan kat restoran, Danny ada tanya Fyra asal orang mana, Fyra tak jawab pun, nie sekarang Danny memandu macam dah tau sangat rumah Fyra kat mana kan … Ishhh dia nie, tak pandai cover betol … Hihi”

“Hahahahaha … Ye tak ye jugak ek … Aduyaiii … Hihihi”

Gelak mereka berdua memenuhi ruang kereta Mercedes SLK 2011 milik Danny.

TO BE CONTINUE …


Pensel off ... lalalala

Tuesday, May 17, 2011

Sekelip Kasih (Part I)

FYRA !!!

Jeritan terakhir aku kepadanya sebelum aku pengsan …

Sedarku dari lena, pelbagai wayar dan berjenis tiub di badanku … Kenapa ??? Dimana ??? Fyra !!! Keayuan wajah tunangku berlegar – legar kotak pemikiranku …

“Syukur Danny, kau dah sedar …” Ujur Farhan kepadaku …

“Paan, mana Fyra paan ??? Mana Fyra ??? Aku nak jumpa dia …”

Hanya titisan airmata pejuang dialirkan oleh Farhan …

“Perlukah aku memberitahu perkara sebenar dalam keadaan Danny sebegini ??? Arghh … Biarkan Danny sihat dahulu lah …” Bisik Farhan didalam hati …

“Fyra ada diluar … Kau rehat dulu k … Nanti kau dah sihat, Fyra datang melawat kau k …” Ucap Farhan kepada sahabatnya itu …

“Hye … Macam pernah saya jumpa awak, tapi kat mana nya kita pernah jumpa ??? By the way, nama saya Danny. awak ???” Senyum manis Danny dilemparkan pada gadis dihadapannya itu ….

“Kalau nak mengurat pun, gunalah style baru, ini tak, old school lah cara tu …” Ujur Fyra diiringi gelak tawanya bersama rakan sekerjanya …

Berona merah pipi Danny ketika itu …

“Ermmm, senang lah keje saya kalau awak dah tau niat saya, memang saya nak mengurat awak, this my card, if you dont mind, you may call it, otherwise just misscall k … Bye ..” Kata – kata yang begitu yakin dilontarkan oleh Danny walaupun setelah ditertawakan oleh Fyra …

Tercengang seketika melihat keyakinan Danny sebegitu … Sebenarnya di hati kecilnya juga sudah sedikit tertawan dengan wajah kacukan Pan Asia milik Danny … Kacaknya dia … Hihi

“Babe, hensem jugak mamat mat salleh celup tadi ek … Ok tak kalau …” belum sempat Fyra menghabis ayatnya itu, Iera menyampuk …

“Hensem beb, sekali tengok dah macam Q yang hero BLOGGER BOY tu beb, baik kau rembat cepat, kalau kau lambat, maknanya pat pat siku lipat, sapa cepat dia dapat lah … Hahaha”

“hishhh kau nie Iera, kalau muka ajer hensem, hati busuk cam tong sampah, buat apa …” Celah Fyra …

“Kau nie pun, jangan lah cepat sangat nak melatah, kenal lah dulu dengan mamat tadi, mana tau dia baik orangnya … Huhu, kalau kau taknak, bak sini kad dia bagi aku …” Tangan Iera pantas ingin mengambil kad ditangan Fyra, namun tangannya ditampar lembut oleh Fyra …

“Ouchhh, haaa … Eleh, suka lah tu, konon … huhh …” Rajuk ibarat kanak – kanak tadika beserta mulutnya muncung ibarat Donald Duck …

“Dah lah iera, jom masuk office, kang lambat, kene potong plak gaji kita …Hihi” Pelawa Fyra kepada teman sepermainannya dari kecil …

Hye mat salleh celup …

Iphone 4 milik Fyra ditaip laju, lalu dihantar ke nombor yang tertera di kad yang diberi oleh Danny sebentar tadi …

Hye ahmoi senget … Kenapa, dah cair ke ngan keKACAKAN saya ??? Hihihi …

Please lah, xder maknenyer … FYI saya xminat sgt omputih … Huhh

Hope so, mimpikan saya k … Smile with tongue out

Yaaahhh, maybe, as my nightmare … Huhh …

Ahhaa … as your sweet nightmare … Hihi

“Ok semua, minta perhatian, saya nak memperkenal kan CEO baru kita penganti kepada Dato’ Mazlan, iaitu Mr.Danny … Anak sulung kepada Dato’ Mazlan ...” Pengumuman itu dibuat oleh Farhan, pekerja yang paling lama berkhidmat dalam syarikat Teraju Bina milik Dato’ Mazlan.

Air Milo suam dihirup perlahan …

“Hye, nice to meet you all …” Ujur Danny kepada semua staff syarikat ayahnya …

“Fyra, tengok tu …” Pelawa Iera sambil menunding jarinya kearah Danny …

Opah mak ekau men mercun pom pom … “ Latah Fyra apabila melihat Danny

Latah Fyra menarik perhatian semua rakan sekerjanya … Senyap sebentar pejabatnya itu …

“You, please come to my office now !! Its an order !!!” Herdik Danny dari jauh …

Tertelan sebentar melihat wajah serius milik Danny …

Dia nie ke yang aku kenal tadi ??? Ermm … takpe lah … Masuk je lah, nie kan office bapak dia …

“Next time, kalau nak melatah, rendahkan sikit volume suara awak tu, dah macam tertelan speaker dah suara awak tadi …” Danny menegur Fyra.

Sememangnya dari dulu, Danny memang pantang sekiranya ada orang melatah dihadapannya.

“Baik Boss … Huhh” Muncung kehadapan menunjukkan protes terhadap Danny.

“Ada apa apa lagi yang perlu saya terima sebagai order dari Encik Danny ???” Perli Fyra

“Semestinya ada, ni petang karang, awak balik naik apa ???” Lembut Danny bersuara …

“Naik Komuter lah Encik Danny, xkan nak naik Mercedes SLK 2011 Encik Danny kowt … Lagi mau tanya …”

“Ermmm, as you wish … So, petang nie awak balik naik saya, its an order …” Tegas Danny ketika mengulung hujahnya bersama Fyra …

“Abis tu, Iera macammana pulak ???” Begitu risau ketika Fyra bersuara mengingatkan teman nya itu.

“Xpe, saya dah suruh Farhan hantarkan …” Bersahaja Danny bersuara …

Petang tu, Danny membawa Fyra ke Victoria Station Restaurants di Jalan Ampang.

“Encik Danny nie nak bawak saya ke mana nie ??? Nak culik saya ke ???” Keras suara Fyra ketika itu.

“Ishhhh awak nie, tak teringin nya saya nak menculik awak, dari culik awak, baik saya bawak awak gi rumah tok kadi, kita kahwin terus” Gurau Danny …

“Ishh Encik Danny nie, ke situ pulak dia …”

Mercedes SLK 2011 milik Danny berhenti di hadapan Victoria Station Restaurants.

“Fyra, next time after office hour, please call me Danny or you also allowed to call me Honey if you want” Tegas Danny kepada Fyra.

“The first order I will carry on, but the second one, uweekkkkk” Fyra menjolok tekaknya menandakan loya.

Danny dan Fyra duduk di meja yang bertanda “RESERVED

“Danny, kita salah tempat kowt.. Ni kan dah reserved, kang marah pulak orang..”

“Ermmm ….Xpe Fyra, just relax, BTW, happy birthday yang ke 24 k … Semoga panjang umur murah rezeki”

Aduyaiii, macammana aku boleh lupa hari nie birthday aku, mamat nie pulak boleh tau, siap reserved meja pulak tu, dia nie study tentang aku ke ??? Ishhh, tak mungkin lah, tapi romantik gak mamat nie .. Hihihi ..

“Woiii ahmoi, berangan ke ???” Sergah Danny

“Erkkhhh, xder lah, saja ingat kampung … Huhu” Tipu Fyra.

“This your present, just a simple present for you birthday … Hope you like it …” Hulur Danny sebuah kotak berbungkus sampul berwarna merah jambu.

“Ekhhh, apa nie ??? Susah2 ajer, boleh saya tau, mana awak tau hari nie birthday saya sedangkan awak baru masuk untuk first day kat office tu ??? Lagipun saya baru kenal awak time breakfast tadi ???” Bertalu-talu soalan Fyra kepada Danny.

“Awak memang banyak tanya kan ??? Adalah, that all is my secret … Hihi” Bersahaja Danny menjawap semua soalan Fyra.

“Yelah2, BTW thanks k for celebrate my birthday, I appreciated it … Thanks also for this present” Fyra bersuara sambil mengangkat sedikit kotak yang diberi oleh Danny.

TO BE CONTINUE …


Pensel off ... lalalala

Tuesday, May 3, 2011

Official Facebook Fan Page “Aku Sebatang Pensel”

Perghhh … Dengar memang dah macam artis pulak kan, siap nak ader fanpage ... Hahaha …

03

Takde lah, nak dijadikan cerita, fanpage nie tertubuh (Perghhh… kosakata aku …) disebabkan tahap KEBORINGAN aku mengadap FACEBOOK aku yang xder pape notification sejak kebelakangan ini … Hahaha

So, aku bukan perasan nak jadi artis ke apa ek … Sesaja aje … Nak meluaskan kenalan … Mana tau, friends aku kat facebook FOLLOW blog aku … pergghhh … walauwee … 833 followers … Giler lah … nak jejak 100 pun susah … Hahaha … Jgn kata 100, 50 pun lambat lagi … Uuuwwaaa !!!

21

Huhuhu … Sila abaikan statement di atas k … Hihihi … Saje nak bersedih jap … Hahaha … So, soley soley … Hahaha … (Ishhh, byk sgt tgk HKLBR nie … ) huhu … So apa lagi, jom lah kita men “SUKA – SUKA” bak kata OMPUTIH jom LIKE LIKE fan page ku ini … hihihi …

Ini dia punyer URL lah …

URL : Aku Sebatang Pensel

Ni dia punyer SCREEN CAPTURE lah ….

Image 1


Pensel off ... lalalala

Sunday, May 1, 2011

Post apa tah nie … SELAMAT HARI PEKERJA …

Ermmm … SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua yang bekerja sambil membaca blog aku nie … Entry kali nie more kepada berbual kowt … Aku pun tak tau lah nak cakap pasal topic apa … ermmm …
18
Agak2 korang lah, apa best kalau bekerja nie ??? Kalau tak bekerja kan best … Boleh tgk TV, makan, minum, jejalan … takpun tido … Hiihhi
66
Ermmm … tapi kalau tak keje, mana plak nak dapat duit ??? Kang takder duit, orang tak pandang, cakap apa pun tak laku … Lagi2 kalau time nak usya anak dara orang … Kebanyakan tapi tak semua pompuan sekarang pandang duit … Tapi tu yang diorg memang nak … Ermm …
28
Ok3 … Sebelum semua pompuan tembak aku punyer blog, kebanyakan lelaki jugak sama k … So, semua bergantung pada hati kita sendiri … Kita kene cam nak mati cari duit, tetiba pasangan kita boleh pulak cakap,
“honey, belikan handbag GUCCI untuk by boleh ???”
“By, honey lupa bawak wallet lah, bayarkan dulu ek …”
Mesti situasi ini slalu berlaku ??? Bohong lah kalau tak pernah berlaku … then … Hihihi … Separuh mati cari duit, dapat pulak pasangan yang kaki GILETTE … Hahaha … “RABAK PAKCIK RABAK OIIII”
33
So, apa yang boleh aku cuba sampaikan dalam entry kali nie,

CANTIK CANTIK TANJUNG BIDARA,                                                                                  

CANTIK LAGI PANTAI MAHKOTA,                                               

TEPUK DADA TANYA SELERA,                                                                 


PASANGAN KU PILIH TUK BAHAGIA ATAU DERITA.
Pensel off ... lalalala

Wednesday, April 27, 2011

Why ???

Ramai member aku tanya cmnie kat aku …

“Kau ok tak faiz ??? Nape lately ni kau suke wat novel ???”

“Kau nie faiz, time kat kolej, MEQ (Multiple Essay Question) pun kau malas nak buat, sekarang dah pandai nak taip cerpen ???”

Dan macam – macam lagi lah …

So, aku dengan senang hati pun jawab

“WA PUNYA BAPAK, BIKIN INI BLOG UNTUK OLANG SUKA SUKA HATI, LU OLANG SUKA SUKA HATI BIKIN INI BLOG MCAM BLOG LU PUNYA BAPAK”

15

Ekhhh … Bukan cmnie, saja mengila sikit, saya pun dengan senang hati menjawab,

“Ermmm, saja nak hiburkan hati yang kecewa gembira” … Hihihi

Bak kata somebody, LIFE IS SHORT, JUST MAKE IT SWEET …


Pensel off ... lalalala