Members of Pensel

Tuesday, August 2, 2011

Sekelip Kasih (Part III)

“As … Asss … Assalamualaikum uncle … Ehh pakcik … Hihihi” tutur Danny agak gagap …

“Kau punya kawan ni gagap ke fyra ???” Tanya Pak Dan pada Fyra …

“Takut lah tu ayah … Hihihi” Senyum Fyra dari jauh sambil mengenyitkan matanya pada Danny.

“Bukan takut pakcik, cumer first time jumpa, tu yang agak nervous sikit …” Laju pertuturan Danny pada Pak Dan …

“Xpayah nak pak cik pakcik, nama pakcik Hamdan, panggil Pak Dan ajer k … Nak panggil Lin Dan, takut ada org tak percaya … Hahaha” Tawa Pak Dan memenuhi ruang rumah batu separuh kayu itu.

“Owhhh, Pak Dan, ermmm, kalau panggil ayah boleh tak ??? Hiihihi …” Seloroh Danny dengan selamba …

“Bolehh, masuk meminang anak Pak Dan dulu k … Hihihi, tu pun kalau Fyra setuju lah … Hahaha”

“Betul ke Pak Dan ??? Sekarang jugak saya telefon ayah saya …”

“Kalau ye pun, bawak lah bersabar, kita kan ada adat, suruh orang tua kamu selesai kan hal ni k … Hisshhh budak zaman sekarang …” Keluh Pak Dan.

“Benda baik Pak Dan … Hihihi” Gurau Danny pada Pak Dan …

Sebulan berlalu, akhirnya Fyra dirisik oleh keluarga Danny, maka hubungan yang tidak pasti kini menjanjikan sesuatu yang pasti, Fyra sah menjadi tunang kepada Danny.

“Sekarang ni orang tu kalau terjatuh longkang pun senyum meleret lagi kan …. Kahwin lah cepat Danny, risau aku tengok kau ni, hari-hari senyum …” Usik Farhan tika melihat Danny termenung jauh…

“Hisshhhh kau ni … Mana ada aku berangan … Hihihi, ingat tunang aku aje lah … Hihihi … owhh ye … cakap pasal tunang, jap ek …”

“Mira, masuk dalam sebentar …” Ujur Danny pada intercom miliknya untuk memanggil setiausahanya itu …

“Mira, hari ni cancel kan semua appointment saya dengan semua client, anything urgent, ask them to deal with Farhan ok … Saya outstation maybe 2 hari k … Xde hal kan Farhan kau cover aku jap ???”

“Xder hal bro … Ni mesti nak gi Pontian kan ??? Hishhh dia ni … Xper lah .. Enjoy yourself k …” Farhan menunjukkan tanda bagus pada Danny

My chocolate indulgence princess , awak dah siap blom ???

Mestilah dah siap, tggu sy punyer prince teddy yg comel ni, lama sgt nak ambik saya …

Okay, i’m on the way to fetch you k, 10 minutes

Ok, take care k … Drive safely …

Mercedes SLK 2011 milik Danny dah terpacul dah di hadapan rumah sewa milik Fyra 10 minit kemudian.

“Amboiii, nak balik umah bakal mak mentua cepat aje, ni tak keje ke hari ni???” Bercekak pinggang Fyra sambil tersenyum …

“Ni awak nak pindah rumah ke nak balik bercuti ajer ??? Sampai 3 luggage saya tengok ??? Hishhh dia ni …” Perli Danny kepada tunang kesayangannya …

“Dah lah, jom lah gerak, kang sampai lambat plak …” Pelawa Danny kepada tunangnya sambil Danny tolong mengangkatkan salah satu luggage milik tunangnya …

“Awak, saya nak cakap something ni dengan awak …” Fyra tiba-tiba bersuara …

Danny memperlahankan volume speaker radio keretanya dan memperlahan keretanya di bahu lebuhraya…

“Erkkk, ni serius ke atau awak sesaja nak melawak ???” Ujur Danny kepada Fyra.

“Serius lah awak … Boleh tak ???” Tegas Fyra …

“Mesti lah boleh, anything for you k my princess …” Senyum Danny pada Fyra.

“Danny, Fyra minta maaf kalau Fyra tak boleh jadi yang terbaik untuk Danny k” Perlahan nada suara Fyra ketika menyebut patah perkataan itu …

“Fyra, satu benda yang awak perlu tahu k, walau apa yang berlaku, saya tetap akan menyayangi awak sepenuh hati saya dan seumur hidup saya, jikalau ditakdirkan awak pergi sebelum saya, saya tetap akan terus menyayangi awak selamanya, tiada wanita yang boleh menggantikan tempat awak k … Itu janji saya” Ujur Danny dengan penuh keikhlasan

Kelihatan air mata perwira milik Danny gugur kebumi ..

“Dah lah, jom gerak balik, nanti risau pulak Pak Dan..” Pelawa Danny kepada tunangnya itu.

“Awak … Terima kasih k … Saya janji akan berusaha sebaik mungkin untuk bahagia kan awak …” Perlahan suara Fyra sambil tersenyum …

Danny meneruskan perjalanan nya balik ke kampung halaman Fyra di Pontian, Johor …

Tiba di salah satu simpang pembahagi jalan, sebuah lori pasir bergerak laju ke arah mereka …

“DANNY !!!! LORIIII !!!!” BOOOOOOMMMMMMM ……….

“FYRAAAAA !!!!!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!”


Pensel off ... lalalala