Members of Pensel

www.mykapalterbangkertas.blogspot.com

Wednesday, April 27, 2011

Why ???

Ramai member aku tanya cmnie kat aku …

“Kau ok tak faiz ??? Nape lately ni kau suke wat novel ???”

“Kau nie faiz, time kat kolej, MEQ (Multiple Essay Question) pun kau malas nak buat, sekarang dah pandai nak taip cerpen ???”

Dan macam – macam lagi lah …

So, aku dengan senang hati pun jawab

“WA PUNYA BAPAK, BIKIN INI BLOG UNTUK OLANG SUKA SUKA HATI, LU OLANG SUKA SUKA HATI BIKIN INI BLOG MCAM BLOG LU PUNYA BAPAK”

15

Ekhhh … Bukan cmnie, saja mengila sikit, saya pun dengan senang hati menjawab,

“Ermmm, saja nak hiburkan hati yang kecewa gembira” … Hihihi

Bak kata somebody, LIFE IS SHORT, JUST MAKE IT SWEET …


Pensel off ... lalalala

Monday, April 25, 2011

Cerpenovelis : Life is short, just make it sweet

Errmm, at least aku try jugak … Susah nk ucapkan … Tapi begitu senang untuk ditolak … Tak mengapa … Bak kata dia “Life is short, just make it sweet” …

Takpelah, mungkin aku yang bodoh kowt … Takkan lah pompuan secantik dan selembut itu nak kat aku … Nanti apa pulak yang orang sekeliling kata … Macam Beauty and the beast …

Itu yang sering difikirkan oleh Ikram sejak Aisyah menolak lamaran nya … Aisyah, seorang wanita yang membuat mata Ikram lebam … Ekkhhh ??? Kenapa ???

Jika diingat kembali peristiwa itu, Ikram pasti tersenyum sendirian … Tetapi itu lah saat yang membahagiakan oleh Ikram … Semua terjadi ketika Ikram bersama Razlan sedang berlatih tennis untuk perlawanan peringkat Universiti …

Razlan membalas pukulan bola Ikram dengan laju, dan pada waktu yang sama, Ikram terpandang wajah lembut aisyah tersenyum melihat dia, mungkin ketika itu aisyah tersenyum melihat orang lain, tapi Ikram merasa Aisyah seakan tersenyum kepada nya … akibatnya …

“IKRAM !!!”

GEDEBUKKK !!! Bola tennis yang berkelajuan 120 km/h terkena mata Ikram ...

Ikram pengsan akibat terkejut, bukan sebab bola tennis itu …

Wajah yang terakhir yang diingati oleh Ikram pastinya wajah Aisyah …

Selepas kejadian itu, Ikram terus mencari Aisyah di serata kampus … Akhirnya jumpa juga Aisyah …

“Hai …” Aduhhh … ayat usya apa lah aku mulakan nie …

“Hai … Assalamualaikum … Boleh saya bantu awak ???”

“Ehhh, xpe2 … Saya bukan nak dibantu pun, cuma nak berkenalan …”

“Ekhh, kalau tak silap saya, awak yang hari tu pengsan terkena bola tennis tu kan ??? Hihihi” Gelak Aisyah teringat peristiwa itu …

Wajah sawo matang Ikram berona merah … Hiihihi … Aduyaiii … ingat pulak dia kat aku … Uisshhh … malunyer …

“Awak student jurusan apa ek ???” Ikram cuba nak menutup malunya itu …

“Saya jurusan Perakaunan, awak ???”

“Owhhh, saya Kejuruteraan Awam, patutlah susah nak cari awk …”

“Awak cari saya ???  Buat apa ??”

“Ekkhh, tak2 … bukan cari awak, saja cari cari pasal ngan awak, ekkhh … Bukan bukan … Hihihi” Jawab Ikram dengan gugup … Aduhhh, cam mana aku nak jawab nie

“Hari tu awak buat apa kat gelanggang tennis ?? Nak belajar tennis ke ??” Cubaan pertama Ikram …

“Aah pun, tu yang saja2 tgk kalau ada sapa – sapa yang boleh jadi sifu saya … Nnt saya bayar lah kat dia …” Jawab Aisyah bersahaja …

“Haaa, saya boleh ajar awak, Nak tak ??? Saya ajar awak percuma …” Ikram menambah …

“Percuma ??? Betul ke ??? Nak3x … Agak-agak bila nak mula ??” Aisyah seolah teruja dengan tawaran yang diberi Ikram …

Ikram pun memulakan sesi latihan bersama Aisyah …

Hampir 2 bulan beliau mengajar Aisyah … Hampir setiap petang lah meraka bersama …

Pertandingan Tennis Bercampuran

Anjuran : Persatuan Tennis Kolej Inderapura

Tarikh : 24 April 2011

Yuran : RM 50 / Pasukan

“Aisyah, tengok nie, jom masuk nak tak ?? Mana tau boleh menang ke … Nak tak ??” Pelawa Ikram

“Ermmm, tapi kan saya baru belajar, mana lah reti sangat” Rungut Aisyah kepada Ikram …

“Kita cuba dulu nak tak ???” Ikram cuba sedapkan hati Aisyah …

“Ermm ok …”

Tiba hari pertandingan, Ikram dan Aisyah menunjukkan skill dan kehebatan mereka bersama, gandingan Ikram dan Aisyah digeruni pihak lawan.

Akhirnya, Ikram dan Aisyah merangkul tempat pertama dalam pertandingan itu, Ikram dinobat pemain terbaik lelaki manakala Aisyah pula dinobatkan pemain harapan wanita terbaik.

Awak, jom malam nie kita kuar jap, kita celebrate kemenangan kita, saya belanja awak. Restoran Ikan Bakar Seri Bayu k, kol 8.30, jangan lambat tau ….

Jari Ikram menekan button “Send”

Aisyah membaca SMS itu dan membalas …

Ok, kol 8.30 k … Life is simple, just make it sweet …

Ikram tersenyum, dia sering teringat ayat itu, ayat wajib bagi Aisyah …

“Aku rasa, malam nie aku akan cuba propose dia kowt … Kalau dia tolak, aku janji akan tunggu dia sampai bila bila …” Niat Ikram dihati …

Tepat 8.25, Ikram sudah terpacak dekat restoran, menunggu kehadiran Aisyah, Aisyah mengenakan Baju Cardigan merah dan bertudung pink, dia kelihatan sangat canti dan lembut di mata Ikram ….

“Awak kelihatan cantik hari nie …” Puji Ikram pada Aisyah …

“Thanks, awak pun apa kurangnya, hensem bergaya aje,” Balas Aisyah …

Hidangan pun sampai, ketika makan, mereka berdua senyap tak berkata apa-apa, Ikram memandang wajah ayu milik Aisyah …

Selesai makan, Ikram pun memulakan bicara …

“Aisyah, boleh saya tanya something tak ???”

“Nak tanya apa??”

“Aisyah, agak-agak kalau ada lelaki yang melamar awak, awak menolak tak ???”

“Ermmm, lihat keadaan … Kenapa ???”

“Ermm xder lah, sebenarnya saya sukakan awak, would you be my girlfriend ???” Jelas kata-kata Ikram itu …

“….. Ermmm ….. Ikram, bukan saya tak sudi, bukan ke kita baru berkenalan, lagipun saya tak boleh senang-senang nak tukarkan perasaan saya dari seorang Sifu kepada seorang kekasih …”

“Ermmm, thanks Aisyah” Senyum kelat Ikram terpancar …

“Thanks for everything, ok lah, saya gerak dulu, ada hal pulak.” Tipu Ikram pergi meninggalkan Aisyah …

“Thanks for everything Aisyah, I will make my life as sweet as I can, even i know I can’t make it without you, but i try …” Bisik Ikram di dalam hatinya …

LIFE IS SHORT, JUST MAKE IT SWEET


Pensel off ... lalalala

Monday, April 18, 2011

Cerpenovelis : Berharap ada cahaya

Ermmm, kenapa hari hari aku bukak facebook mesti teringin nak bukak facebook awak ??? aku tau apa yang aku buat macam tak betul … Mencintai dan menyayangi awak dari jauh …
Tapi …
Apa yang boleh aku buat … Kenangan lama sentiasa menghantui aku … Apa awak rasa pabila insan yang awak sayang menolak cinta awak ???
Sedih ???
Malu ???
Itu lah yang aku rasakan … Ermmm, perkara yang terbaik yang patut aku lakukan hanya mencintai awak dari jauh … aku tau itu perkara yang amat bodoh jika difikirkan … Tapi bagi aku itu cara terbaik …
“Cahaya, saya sukakan awak” … Itulah yang sering aku jeritkan dalam hati … Ermmm …
Perkenalan dengan cahaya bermula pabila aku terpandang senyuman cahaya ketika pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej.
Selepas sesi pendaftaran selesai, sesi ice breaking pun bermula.
Aku sebagai salah seorang senior di kolej, berbekal kan pakej muka “SINGA” atau garang, dengan sengaja mengenakan cahaya dengan memanggil dia ke pentas dan menyuruh dia memperkenalkan diri.
“NAMA SAYA CAHAYA, ASAL JOHOR …” Ucap cahaya terketar-ketar …
“JOHOR TU BESAR !!! JOHOR BAHAGIAN MANA !?!?!” jerkah ku dengan kasar dipentas ..
Niat dihatiku cume untuk mengenakan dia dan ingin melihat air muka ketakutannya, tetapi silap, cahaya menekup mukanya dan berlari turun kepentas dengan tangis teresak-esak ketandas …
Alamak !!! Aku dah buat silap !!! Aduhh, aku berlari mengejar cahaya, dan menunggu di luar pintu tandas sehingga cahaya keluar …
“CAHAYA, MAAFKAN SAYA, SAYA TAK BERNIAT NAK MARAH AWAK …” Rayu ku terhadap cahaya.
“TAK MENGAPA, AWAK KAN SENIOR, BOLEH BUAT APA-APA YANG AWAK SUKA…”
“TAK TAK, BUKAN ITU MAKSUD SAYA … APA APA PUN, SAYA MINTAK MAAF BEBANYAK … AWAK MAAFKAN SAYA ???” Nyataku sambil membuat muka bersalah …
“TAK PERLU BUAT MUKA BEGITU, SAYA XKISAH PUN”
“SEKEJAP EK CAHAYA …”
Aku mengeluarkan sapu tanganku, dan menulis sesuatu disitu …
maafkan saya cahaya, kalau awak maafkan saya, tolong misscall 2 kali no saya … nanti saya misscall awak balik, eehhh, saya call awak balik … Hihihi … 017 703 2019 …
senior singa awak, faizsh
Aku menyerahkan sapu tanganku pada cahaya dan terus meninggal kan nya …
Malam tu, aku buntu, tak dapat buat apa apa kecuali termenung melihat handphone nokia 5800 xpress music ku menunggu sesuatu yang tak pasti.
Tiba-tiba deringan handphone ku kuat memecah sunyi malam di bilikku … Tapi hanya misscall sahaja … “Cehh, misscall aje …” bisik dalam hati aku … Kali kedua handphone ku berbunyi lagi … Misscall jugak kali nie, aku perhatikan skrin telefon ku, ermmm, 2 misscall dari no tak dikenali … ermmm, ni no johor ni …
Jangan – jangan … CAHAYA !!! Yess … Dia dah maafkan aku … Hihihi … Aku terus call no tu …
Aku bertindak mendiamkan diri untuk memastikan siapa sang empunya nombor bertuah itu …
Lalu …
“Assalamualaikum … Faizsh … Awk ke tu ??? Kenapa diam ???”
“eehh.. Cahaya ke nie ???”
“Ye lah, xkan kilat kowt … Hihihi”
“Ermm, thanks sebab maafkan saya …”
“Thanks thanks jugak, jawab lah salam dulu”
“Hihihi … Lupa plak, waalaikumsalam …”
Kami berbual panjang malam tu, sedikit sebanyak aku mengenali cahaya.
Esoknya, aku berjumpa dengan cahaya di kafe, cahaya cume senyum sahaja dari jauh … Aduhh, luluhnya hati aku tengok senyuman kau nie cahaya … Sapa tak cair oii tengok wajah lembut kacukan cina dan melayu milik cahaya nie … ditambah pulak dengan lesung pipit di pipi dia … Hihi …
Ermmm, hampir setiap malam aku call cahaya …
Dah dekat sebulan dah aku kenal dengan cahaya, aku tekad dalam hati,
“aku mesti beranikan diri nie, at least aku mencuba …”
Aku menaip sesuatu di handphone ku …
“assalamualaikum … Cahaya, jumpa awak kat kafe malam nie kol 9 … Jangan lambat tau …”
Jam menunjukkan kol 8.59 … Ermmm, mana lah cahaya nie … Gertu ku dalam hati …
“Sorry faizsh, cahaya lambat sikit, ada kuiz sikit tadi dalam kelas tadi … Ada apa faizsh nak jumpa cahaya nie ???”
“Ermmm, apa apa hal pun, duduk lah dulu, order air dulu ke … Dia nie, kang saya marah kang, menangis plak … Hihihi”
“Dah mula lah tu nak kenakan orang plak, hihihi … Ermm, ok lah encik singa, saya duduk dan saya order air k … Tapi encik singa kene belanja saya malam nie, sebab saya tertinggal purse saya kat locker tadi … Hihihi ..”
“Xkisah lah cik cahaya … Ermmm, sebenarnya ada benda saya nak cakap nie … Boleh tak cik cahaya ???”
“Aikk ??? Sejak bila pulak kene mintak permission ngan saya kalau nak cakap nie ??? Hihihi …”
“SAYA SUKAKAN AWAK … SAYA SAYANGKAN AWAK … SUDI AWAK JADI TEMAN HIDUP SAYA TAK CAHAYA ??”
Senafas aku melafazkan nya …
Raut wajah cahaya nampak sedikit tidak keruan …
“Sebenarnya faizsh … saya …”
“Ermm, xper lah cahaya … Saya tau awak nak cakap yang awak masih blom bersedia untuk bersama saya atau mungkin awak nak cakap awak cumer anggap saya abang awak … ermmm, xper lah, saya pergi dulu, jangan risau, air saya dah bayar, jumper lagi … assalamualaikum …”
Arghhh … bosan nya, pompuan semua sama … Arghhh !!!
Abis semua barang dalam bilik aku terbang melayang …
Esoknya, aku nampak cahaya kat kolej, aku malas nak bertembung dengan dia … aku pergi ke tandas …
Handphone aku berbunyi, skrin terpapar nama CAHAYA KEHIDUPANKU … Arghhh, malas lah nak angkat … Ermm …
ehh, aduyaii, macammana beg aku boleh tertinggal plak kat kafe ni, harap2 cahaya takder lah kat kafe, fuhhh, nasib baik dia takde, baik aku ambik beg nie, blah cepat2 …
Seminggu aku tak nampak cahaya kat kolej … Mana lah dia pergi nie … Ermm, ahhh, buat apa aku pikirkan dia … Mentah – mentah dia tolak cinta aku … Ermmm, baik aku baca buku nie, final exam dah dekat nie, satu benda pun aku xbaca lagi nie …
Ehhh, cam kenal aje sapu tangan nie, nie macam sapu tangan yang aku bagi kat cahaya aje, cam mane leh ader dalam beg aku nie ??? Ermmm …
Ehh, ader tulis something plak kat sapu tangan nie, ermmm,
sebenarnya faizsh, saya pun sukakan awak, saya pun sayang awak, dan saya sudi jadi teman hidup awak sekiranya awak sudi terima saya yang serba kekurangan nie …
Aku tak perasan mata aku berkristal plak tetiba, cepat2 aku lap, kang xpasal pasal ader yang nmpak plak … tiba – tiba handphone aku berbunyi … ehhh, ada mesej plak …
Tak comel lansung encik singa saya nie menangis … Hihihi
Aku cepat2 mencari cahaya … Rupanya dari tadi cahaya kat belakang aku … Hihihi
“So, awak sudi lah nie ???”
“Sudi apa nyer ??? Hihihi”
“Awak …..”
“Hahaha, xcomey langsung encik singa saya merajuk … Hihihihi … Ermm, jumpa lah mak ayah saya dulu k …”
“Tu pasti punyer … Hiihi …”
Thanks CAHAYA sebab sinarkan hidup saya … Saya bersyukur sangat dengan kehadiran awak … Saya janji tak akan sia-sia kan kehadiran awak dalam hidup saya … Insyaallah …
Pensel off ... lalalala

Thursday, April 14, 2011

Idea Idea Idea …

Mencari idea bukan cam mencari kertas yang telah difail kan mengikut kateogari, tapi cam mencari berlian di timbunan kaca … (acecehh … Ayat aku … Hihihi … Ayat cam terlebih telan xanax plak … Hihi)
15
Errrmmm … Projek apa plak lah kali nie ??? Yang lepas, projek untuk warong burger Rauf, sebelum tu KPJ 30th Anniversary … Errmmm, tak tau lah sangkut ke tak design aku … ermmm …. Xsangkut, apa boleh buat, bukan rezeki … Hihihi …
11
Projek kali nie ??? Actually projek kali nie, xder bnd sgt, cumer nak wat PORTFOLIO untuk CUBE PHOTOGRAPHY aje … Alah, cam album gambar, tapi dalam bentuk buku cam dalam citer LAGENDA BUDAK SETAN, time farid kamil bagi kat lisa surihani … Hihi … Aku nk kasi kat saper plak ??? Awek aku ??? Saper lah yg malang bertuah jadi awek aku ??? Hihihi …
26
Erkkk, aku bukan nk kasi kat awek aku, tapi untuk aku wat koleksi, senang nk tunjuk kat client aku yg nk servis aku … Hihihi … Ermmm … Nnt dah siap, aku tunjukkan lah k … For a while, just let it be in my drawer … Hihihi …
32
Ermmmm ... Apa apa pun, sekarang aku buzy ngn keje full time aku as a nurse … Thats why aku tak byk wat photoshoot outdoor, cmne nk wat, balik umah aje, katil dah menanti … Hihihi … Ermmm …
36
K lah, pensel off … Lalalala
Pensel off ... lalalala

Monday, April 11, 2011

Ok … Lama dah tak update blog

Errmmm … Lama sgt kowt tak update blog nie … Ishh3 … Buzy bebeno lah aku skrg … Mcm2 nak dibuat … Hihihi … Ermmm …. Apa yang nak dihebahkan plak erkk pada entry kali nie ??? Errmmmm ….
Vacation ??? Ermmm … Apa tu erkk ??? Percutian lahh … Hihihi … Last month dah gie USS, ermmm … Maybe awal bulan 6 nie, kalau takde aral melintang, maybe aku ngan member2 nak gi Pulau Besar lah plak … Ermmm …
Snorkelling beb … Besttt tu … Hihihi … Tak sabar2 … Harap2 menjadi lah … Hihihi …
Ok lah, xder idea nie nak bincang kan … K lah, out dulu … bubye …
Pensel off … Lalalala
Pensel off ... lalalala