Members of Pensel

www.mykapalterbangkertas.blogspot.com

Showing posts with label Lawaking. Show all posts
Showing posts with label Lawaking. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Ipoh sangat ke ???

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.

Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.
Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...
Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
800px-Nasi_bungkus
Hahaha … Ok lah, pensel off … lalalala
Pensel off ... lalalala

Saturday, March 12, 2011

Kuliah Agama punyer pasal dah …

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

hahahahaha.....
assist05_070814a
Pensel off ... lalalala

Thursday, March 10, 2011

Saper suker pergi 7-Eleven ???

Kejadian ini berlaku di Maternity Ward di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing melahirkan anak.

Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.
Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.
Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.               
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.
Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.            
Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot....

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.

Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seksanya isteri saya.
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di 7-Eleven ....
7Eleven
Pensel off ... lalalala

Monday, March 7, 2011

Basahkan gusi korang jap …

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.
Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor: #@**_!!*&^_#!@#$%^&*()
1010[3]10[7]10[9]10[9]10[9]10[9]10[9]

Ok lah, pensel off … lalalala

Pensel off ... lalalala

Tuesday, February 22, 2011

Bila berlakunya salah faham @ Miscommunication ….

Ok lah, korang pernah dengar tak tentang topic salah faham ni ??? Ermmm, omputih cakap miscommunication ??? Huhu ..
104
Ermmm, ok lah, Pensel pun malas nk tulis panjang2, so, contohnya kat bawah ni k …
05
John, anak kepada pemilik syarikat pengedar kereta berjenama di german ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Manipal India.
Maka, ayahnya begitu berbangga dan menghadiahkannya sebuah kereta model lamborghini gallardo kepada anaknya. John begitu berbangga memandu kereta itu ke kuliah setiap hari.
Tetapi selepas sebulan, John menghantar email kepada ayahnya.
Ke hadapan ayahku yang tersayang,
John begitu teruja memandu lamborghini gallardo setiap hari ke kuliah setiap hari, tetapi John berasa amat malu kerana semua rakan- rakan John dan semua pensyarah John datang ke kuliah menaiki keretaapi tiap tiap hari, John amat malu dengan mereka lah ayah ...
Keesokkan harinya, ayah John membalas semula email anaknya itu …
Ke hadapan anakku yang tercinta, John
John tak usah risau terhadap masalah itu, ayah sudah masukkan 2,000,000,000 EUR ke akaun John untuk john membeli keretaapi, dan ingat, jangan malukan keluarga kita.
So, itulah salah satu cerita tentang SALAH FAHAM@MISCOMMUNICATION ok … Semoga hidup kita dihindari dari salah faham ok … Amat lah berbahaya … Hihihi …
Tapi dalam kes john nie, memang tak bahaya, tapi BAHAGIA beb … hahaha …
16
Ok lah, pensel off … lalalalala

Pensel off ... lalalala