Members of Pensel

www.mykapalterbangkertas.blogspot.com

Monday, April 18, 2011

Cerpenovelis : Berharap ada cahaya

Ermmm, kenapa hari hari aku bukak facebook mesti teringin nak bukak facebook awak ??? aku tau apa yang aku buat macam tak betul … Mencintai dan menyayangi awak dari jauh …
Tapi …
Apa yang boleh aku buat … Kenangan lama sentiasa menghantui aku … Apa awak rasa pabila insan yang awak sayang menolak cinta awak ???
Sedih ???
Malu ???
Itu lah yang aku rasakan … Ermmm, perkara yang terbaik yang patut aku lakukan hanya mencintai awak dari jauh … aku tau itu perkara yang amat bodoh jika difikirkan … Tapi bagi aku itu cara terbaik …
“Cahaya, saya sukakan awak” … Itulah yang sering aku jeritkan dalam hati … Ermmm …
Perkenalan dengan cahaya bermula pabila aku terpandang senyuman cahaya ketika pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej.
Selepas sesi pendaftaran selesai, sesi ice breaking pun bermula.
Aku sebagai salah seorang senior di kolej, berbekal kan pakej muka “SINGA” atau garang, dengan sengaja mengenakan cahaya dengan memanggil dia ke pentas dan menyuruh dia memperkenalkan diri.
“NAMA SAYA CAHAYA, ASAL JOHOR …” Ucap cahaya terketar-ketar …
“JOHOR TU BESAR !!! JOHOR BAHAGIAN MANA !?!?!” jerkah ku dengan kasar dipentas ..
Niat dihatiku cume untuk mengenakan dia dan ingin melihat air muka ketakutannya, tetapi silap, cahaya menekup mukanya dan berlari turun kepentas dengan tangis teresak-esak ketandas …
Alamak !!! Aku dah buat silap !!! Aduhh, aku berlari mengejar cahaya, dan menunggu di luar pintu tandas sehingga cahaya keluar …
“CAHAYA, MAAFKAN SAYA, SAYA TAK BERNIAT NAK MARAH AWAK …” Rayu ku terhadap cahaya.
“TAK MENGAPA, AWAK KAN SENIOR, BOLEH BUAT APA-APA YANG AWAK SUKA…”
“TAK TAK, BUKAN ITU MAKSUD SAYA … APA APA PUN, SAYA MINTAK MAAF BEBANYAK … AWAK MAAFKAN SAYA ???” Nyataku sambil membuat muka bersalah …
“TAK PERLU BUAT MUKA BEGITU, SAYA XKISAH PUN”
“SEKEJAP EK CAHAYA …”
Aku mengeluarkan sapu tanganku, dan menulis sesuatu disitu …
maafkan saya cahaya, kalau awak maafkan saya, tolong misscall 2 kali no saya … nanti saya misscall awak balik, eehhh, saya call awak balik … Hihihi … 017 703 2019 …
senior singa awak, faizsh
Aku menyerahkan sapu tanganku pada cahaya dan terus meninggal kan nya …
Malam tu, aku buntu, tak dapat buat apa apa kecuali termenung melihat handphone nokia 5800 xpress music ku menunggu sesuatu yang tak pasti.
Tiba-tiba deringan handphone ku kuat memecah sunyi malam di bilikku … Tapi hanya misscall sahaja … “Cehh, misscall aje …” bisik dalam hati aku … Kali kedua handphone ku berbunyi lagi … Misscall jugak kali nie, aku perhatikan skrin telefon ku, ermmm, 2 misscall dari no tak dikenali … ermmm, ni no johor ni …
Jangan – jangan … CAHAYA !!! Yess … Dia dah maafkan aku … Hihihi … Aku terus call no tu …
Aku bertindak mendiamkan diri untuk memastikan siapa sang empunya nombor bertuah itu …
Lalu …
“Assalamualaikum … Faizsh … Awk ke tu ??? Kenapa diam ???”
“eehh.. Cahaya ke nie ???”
“Ye lah, xkan kilat kowt … Hihihi”
“Ermm, thanks sebab maafkan saya …”
“Thanks thanks jugak, jawab lah salam dulu”
“Hihihi … Lupa plak, waalaikumsalam …”
Kami berbual panjang malam tu, sedikit sebanyak aku mengenali cahaya.
Esoknya, aku berjumpa dengan cahaya di kafe, cahaya cume senyum sahaja dari jauh … Aduhh, luluhnya hati aku tengok senyuman kau nie cahaya … Sapa tak cair oii tengok wajah lembut kacukan cina dan melayu milik cahaya nie … ditambah pulak dengan lesung pipit di pipi dia … Hihi …
Ermmm, hampir setiap malam aku call cahaya …
Dah dekat sebulan dah aku kenal dengan cahaya, aku tekad dalam hati,
“aku mesti beranikan diri nie, at least aku mencuba …”
Aku menaip sesuatu di handphone ku …
“assalamualaikum … Cahaya, jumpa awak kat kafe malam nie kol 9 … Jangan lambat tau …”
Jam menunjukkan kol 8.59 … Ermmm, mana lah cahaya nie … Gertu ku dalam hati …
“Sorry faizsh, cahaya lambat sikit, ada kuiz sikit tadi dalam kelas tadi … Ada apa faizsh nak jumpa cahaya nie ???”
“Ermmm, apa apa hal pun, duduk lah dulu, order air dulu ke … Dia nie, kang saya marah kang, menangis plak … Hihihi”
“Dah mula lah tu nak kenakan orang plak, hihihi … Ermm, ok lah encik singa, saya duduk dan saya order air k … Tapi encik singa kene belanja saya malam nie, sebab saya tertinggal purse saya kat locker tadi … Hihihi ..”
“Xkisah lah cik cahaya … Ermmm, sebenarnya ada benda saya nak cakap nie … Boleh tak cik cahaya ???”
“Aikk ??? Sejak bila pulak kene mintak permission ngan saya kalau nak cakap nie ??? Hihihi …”
“SAYA SUKAKAN AWAK … SAYA SAYANGKAN AWAK … SUDI AWAK JADI TEMAN HIDUP SAYA TAK CAHAYA ??”
Senafas aku melafazkan nya …
Raut wajah cahaya nampak sedikit tidak keruan …
“Sebenarnya faizsh … saya …”
“Ermm, xper lah cahaya … Saya tau awak nak cakap yang awak masih blom bersedia untuk bersama saya atau mungkin awak nak cakap awak cumer anggap saya abang awak … ermmm, xper lah, saya pergi dulu, jangan risau, air saya dah bayar, jumper lagi … assalamualaikum …”
Arghhh … bosan nya, pompuan semua sama … Arghhh !!!
Abis semua barang dalam bilik aku terbang melayang …
Esoknya, aku nampak cahaya kat kolej, aku malas nak bertembung dengan dia … aku pergi ke tandas …
Handphone aku berbunyi, skrin terpapar nama CAHAYA KEHIDUPANKU … Arghhh, malas lah nak angkat … Ermm …
ehh, aduyaii, macammana beg aku boleh tertinggal plak kat kafe ni, harap2 cahaya takder lah kat kafe, fuhhh, nasib baik dia takde, baik aku ambik beg nie, blah cepat2 …
Seminggu aku tak nampak cahaya kat kolej … Mana lah dia pergi nie … Ermm, ahhh, buat apa aku pikirkan dia … Mentah – mentah dia tolak cinta aku … Ermmm, baik aku baca buku nie, final exam dah dekat nie, satu benda pun aku xbaca lagi nie …
Ehhh, cam kenal aje sapu tangan nie, nie macam sapu tangan yang aku bagi kat cahaya aje, cam mane leh ader dalam beg aku nie ??? Ermmm …
Ehh, ader tulis something plak kat sapu tangan nie, ermmm,
sebenarnya faizsh, saya pun sukakan awak, saya pun sayang awak, dan saya sudi jadi teman hidup awak sekiranya awak sudi terima saya yang serba kekurangan nie …
Aku tak perasan mata aku berkristal plak tetiba, cepat2 aku lap, kang xpasal pasal ader yang nmpak plak … tiba – tiba handphone aku berbunyi … ehhh, ada mesej plak …
Tak comel lansung encik singa saya nie menangis … Hihihi
Aku cepat2 mencari cahaya … Rupanya dari tadi cahaya kat belakang aku … Hihihi
“So, awak sudi lah nie ???”
“Sudi apa nyer ??? Hihihi”
“Awak …..”
“Hahaha, xcomey langsung encik singa saya merajuk … Hihihihi … Ermm, jumpa lah mak ayah saya dulu k …”
“Tu pasti punyer … Hiihi …”
Thanks CAHAYA sebab sinarkan hidup saya … Saya bersyukur sangat dengan kehadiran awak … Saya janji tak akan sia-sia kan kehadiran awak dalam hidup saya … Insyaallah …
Pensel off ... lalalala

No comments:

Post a Comment